Lasagna

Menu Berbuka puasa hari ini try buat resepi western iaitu Lasagna, walaupun 80% tak menjadi sebab kepingan lasagna kurang masak dan keras sedikit tapi rasanya tetap sedap.

kepingan lasagna dengan harga RM5.69 saja

masak kepingan lasagna

sos daging yang telah dimasak

sos putih lasagna

susun lasagna ikut turutan

hasil selepas di bakar...

hasilnya kurang menarik sebab hancur...


1. Bahan layer sos daging
2 bj Bawang putih 
3 bj Bawang merah
1 cwn Daging kisar
1 bj Tomato
1/2 tin Cendawan
1 bj Lada benggala
2 sdb Sos prego
1 sdb Oregano
1 sdb Black pepper
2 sdb Lada kering yang dikisar (kalau nak pedas)
Garam

Cara penyediaan
1. Tumis bawang putih, bawang merah sampai garing.
2. Masuk daging kisar tunggu sampai daging kisar masak.
3. Masuk tomato, cendawan, lada benggala kacau sampai dia layu.
4 masuk lada kisar dan sos prego nak sedap letak 1 tin sos prego utk 250g daging kisar.
5. Seasoning dengan oregano, garam, black pepper, secukul rasa
6. Tutup api
***Sos daging ni boleh makan dengan spaghetti 

2. Bahan layer sos putih
2 sdb mentega
2 sdb tepung gandum
1 cwn fresh milk / full cream/ uht semua pon boleh
Chedder cheese or cheesedale
White pepper
Garam

Cara penyediaan
1. Cairkan mentega and campur dengan tepung gandum kacau sampai sebati
2. Campur fresh milk and kacau sampai pekat.
3. Campur cheedar cheese, aku letak 3 keping cheesedale.
4. Seasoning dengan white pepper and garam kacau.
6. Tutup api.
***Sos putih ni boleh guna untuk buat macaroni cheese

3. Kepingan Lasagna
1.    didihkan dalam 3 minit dan campur sedikit minyak serta garam, bagi dia lembut.
2.    JANGAN masuk sekali banyak nanti melekat.

Cara penyediaan
1. lapisan pertama susun kepingan lasagna 
2. lapisan kedua letak sos daging
3. lapisan ketiga letak sos putih
4. lapisan akhir tabur dengan mozarella cheese/cheesedale. 

Masuk dalam oven 180C untuk 30 minit.

No comments:

Post a Comment