Hari Pertama: 22 Mac 2014
Kami berlepas ke Kuching dengan pesawat MAS jam 4.45 petang dan selamat sampai di Lapangan Terbang Kuching pada jam 6.30 petang. Kereta telah sedia menunggu tapi jika naik teksi ke bandar Kuching sekitar RM30 sejauh 20 minit sahaja jika tiada kesesakan lalu lintas. Saya menginap di Penview Hotel di Pending yang jaraknya sejauh 10 minit dari bandar Kuching. Dicadangkan untuk menyewa kereta sepanjang berada di sini kerana perkhidmatan teksi adalah mahal walaupun jarak tempat adalah dekat. Boleh rujuk di sini untuk kereta sewa.
penerbangan ke Kuching |
sekitar Waterfront, Kuching |
makanan yang kami berkesempatan makan di Kuching |
kadar sewa kereta di Kuching |
Hari Kedua: 28 Mac 2014
Pagi ni kami memulakan perjalanan ke Rumah Budaya Sarawak yang terletak di kaki Gunung Santubong. Jarak perjalanan adalah sejauh 40km dari bandar Kuching. Bayaran masuk adalah RM60 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak. Bagi rombongan pelajar tiket masuk adalah sebanyak RM20 sahaja. Terdapat tujuh buah rumah budaya di sini dan pengunjung boleh menyewa "costume" dengan harga RM10 jika ingin bergambar. Selain itu, terdapat dua kali tanyangan kebudayaan iaitu pada jam 11.30 pagi dan 3.30 petang.
HARI KETIGA: 29 Mac 2014
Hari ketiga kami bergerak ke Pasar Sarikin di Sempadan Indonesia, yang mana barang-barang adalah seperti baju, kain pasang, kraf tangan, tikar dan lain-lain. Perjalanan mengambil masa 1 jam dengan melalui jalan kampung, pastikan GPS berfungsi dengan baik jika anda memandu di Kuching. Perjalanan balik ke bandar Kuching kami sempat singgah di Gua Angin, hanya 300 meter daripada jalan utama. Kami juga sempat singgah di Kedai Kek Lapis Dayang dan beli ikan terubuk.
Pasar Serikin, Bau, Kuching |
Gua Angin, Kuching |
HARI KEEMPAT: 30 Mac 2014
Tamatlah sudah jalan-jalan kami di sekitar bandar Kuching. Tiba masa untuk balik tapi pesawat delay 3 jam di Kuching, lambatlah sampai KL.
dalam pesawat yang delay... |
No comments:
Post a Comment