Muffin Nutella

Resepi Muffin Nutella





   Bahan2:

·         1 cawan Nutella
·         10 sudu besar tepung gandum + ¼ baking porder atau tepung naik sendiri (self-raising flour), ayak.
·         2 biji telur gred A
·         Badam hancur/choc chip/choc rice/cheese

 

Cara Penyediaan:

1.     Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
2.     Masukan semua bahan dalam mangkuk besar, kacau sebati.
3.     Sudukan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin.
4.     Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit. Boleh juga dipastikan masak apabila dicucuk bilah lidi di tengah muffin dan lidi kekal bersih apabila ditarik keluar
5.     Adunan menghasilkan 6 muffin yang bersaiz besar/ 10 muffin saiz kecil
6.     Topping dgn choc chip/choc rice/cheese/badam

Egg Lasagna

Resepi Egg Lasagna


1. Bahan layer sos daging
1 bj Bawang putih 
2 bj Bawang merah
1 cwn Daging kisar
1 bj Tomato
1/4 tin Cendawan 
1 bj Lada benggala
1 sdb Sos prego
1 sdk Oregano
1 sdb Black pepper
2 sdb Lada kering - kisar
Garam

Cara penyediaan
1. Tumis bawang putih, bawang merah sampai garing.
2. Masuk daging kisar tunggu sampai daging kisar masak.
3. Masuk tomato, cendawan, lada benggala kacau sampai dia layu.
4 masuk lada kisar dan sos prego nak sedap letak 1 tin sos prego utk 250g daging kisar.
5. Seasoning dengan oregano, garam, black pepper
6. Tutup api

2. Bahan layer sos putih
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan fresh milk / full cream/ uht semua pon boleh
Chedder cheese or cheesedale
White pepper
Garam

Cara penyediaan
1. Cairkan mentega and campur dengan tepung gandum kacau sampai sebati
2. Campur fresh milk and kacau sampai pekat.
3. Campur cheedar cheese, garam dan white pepper

3. Telur dadar - 2 biji

Cara hidangan
1. susun lapisan pertama dengan telur dadar
2. lapisan kedua sos daging
3. lapisan ketiga sos putih
4. lapisan empat telur dadar
5. tabur cheese / cheesedale



Laksa Lemak Pahang

hari ini teringin sangat nak makan Laksa Lemak Pahang...saya kongsikan resepi kat sini untuk 2 orang makan.

1. Bahan Laksa:
2 keping  Laksa
5 ekor     Ikan selayang (saiz sederhana) - rebus
2 ekor     Ikan masin selar kuning - buang tulang
1 bj         Bawang besar
1/4 inc    Halia
1 kotak   Santan
1 sdk      Lada hitam 
1 kpg     Asam keping
sedikit    Garam

2. Ulam
Kacang panjang
Daun Kesum
Taugeh
Timun

3. Sambal
sambal ikan bilis
tumbuk cili padi dengan garam
kisar cili kering yang direbus

Cara Penyediaan:
1.  rendam laksa hingga lembut dan rebus laksa dengan air panas
2.  kisar isi ikan  yang direbus bersama ikan masin, bwg besar dan halia
3.  kisar tulang ikan bersama air rebusan. tapis dan ambil air sahaja
4.  masukkan bahan kisar dalam periuk dan masak sehingga mendidih
5.  masukkan santan, lada hitam, garam dan asam keping
6.  tambah air jika kuah terlalu pekat
7.  siap untuk hidangan


kuah laksa lemak pahang


dihidang bersama laksa dan sambal ikan bilis- sebab saya tak makan sayur 

gambar hiasan






Puding Kastad Berkuah

Desert berbuka yang simple hari ini ialah Puding Kastard Berkuah dengan Nata Laici....




1. Bahan: Puding
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1 sdb gula

Cara penyediaan:
·         Campurkan semua bahan dan kacau dengan sehingga sebati.
·         Masak atas api sederhana sehingga berkilat. Sentiasa kacau untuk mengelakkan adunan menjadi berkerak.
·         Tuang ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais. 

2. Bahan: Kuah
1 tin susu cair 
1 tin air
2 sdb tepung kastard
1 sdk esen vanilla 
1 senduk gula

Cara penyediaan:
·         Campurkan semua bahan dan masak atas api sederhana hingga mendidih.

·         Setelah sejuk, tuang atas puding dan tabur coktail/nata.

Lasagna

Menu Berbuka puasa hari ini try buat resepi western iaitu Lasagna, walaupun 80% tak menjadi sebab kepingan lasagna kurang masak dan keras sedikit tapi rasanya tetap sedap.

kepingan lasagna dengan harga RM5.69 saja

masak kepingan lasagna

sos daging yang telah dimasak

sos putih lasagna

susun lasagna ikut turutan

hasil selepas di bakar...

hasilnya kurang menarik sebab hancur...


1. Bahan layer sos daging
2 bj Bawang putih 
3 bj Bawang merah
1 cwn Daging kisar
1 bj Tomato
1/2 tin Cendawan
1 bj Lada benggala
2 sdb Sos prego
1 sdb Oregano
1 sdb Black pepper
2 sdb Lada kering yang dikisar (kalau nak pedas)
Garam

Cara penyediaan
1. Tumis bawang putih, bawang merah sampai garing.
2. Masuk daging kisar tunggu sampai daging kisar masak.
3. Masuk tomato, cendawan, lada benggala kacau sampai dia layu.
4 masuk lada kisar dan sos prego nak sedap letak 1 tin sos prego utk 250g daging kisar.
5. Seasoning dengan oregano, garam, black pepper, secukul rasa
6. Tutup api
***Sos daging ni boleh makan dengan spaghetti 

2. Bahan layer sos putih
2 sdb mentega
2 sdb tepung gandum
1 cwn fresh milk / full cream/ uht semua pon boleh
Chedder cheese or cheesedale
White pepper
Garam

Cara penyediaan
1. Cairkan mentega and campur dengan tepung gandum kacau sampai sebati
2. Campur fresh milk and kacau sampai pekat.
3. Campur cheedar cheese, aku letak 3 keping cheesedale.
4. Seasoning dengan white pepper and garam kacau.
6. Tutup api.
***Sos putih ni boleh guna untuk buat macaroni cheese

3. Kepingan Lasagna
1.    didihkan dalam 3 minit dan campur sedikit minyak serta garam, bagi dia lembut.
2.    JANGAN masuk sekali banyak nanti melekat.

Cara penyediaan
1. lapisan pertama susun kepingan lasagna 
2. lapisan kedua letak sos daging
3. lapisan ketiga letak sos putih
4. lapisan akhir tabur dengan mozarella cheese/cheesedale. 

Masuk dalam oven 180C untuk 30 minit.