Pendaftaran Buku Pink
Alhamdulillah...sekarang telah disahkan mengandung dan tiba masanya untuk membuat pemeriksaan kandungan di Klinik Kerajaan. Setelah mendengar pendapat keluarga dan rakan-rakan sekeliling, saya membuat keputusan pergi ke klinik kerajaan walaupun terpaksa menempuh tempoh masa yang panjang. Pemeriksaan di klinik kerajaan lebih berbaloi dan perhatian daripada jururawat adalah lebih dekat dengan pesakit.
Disebabkan alamat rumah di Puchong, saya kena buka buku pink di klinik Kesihatan Puchong, Batu 14. Seawal jam 8.00 pagi saya sampai di klinik, sangat terkejut dengan suasana orang ramai. Saya juga bawa bersama salinan ic, salinan ic suami dan surat nikah untuk pendaftaran. Prosedur yang perlu dilakukan adalah:
i) ambil nombor di kaunter pendaftaran
ii) isi borang
iii) dapat buku pink
iv) ambil darah
v) ujian air kencing
vi) timbang berat dan ukur ketinggian
vii) pemeriksaan dengan jururawat
viii) pemeriksaan dengan doktor
Disebabkan pesakit yang terlalu ramai, pemeriksaan terpaksa di sambung selepas waktu rehat tengah hari. Jururawat suruh datang semula jam 2.00 petang. Jam 4.00 petang barulah selesai urusan pemeriksaan di klinik kesihatan.
orang ramai yang mendaftar |
kaunter pendaftaran |
buku pink |
orang ramai menunggu giliran |
bilik untuk ambil darah |
bilik pemeriksaan bersama jururawat |
jururawat yang bertugas |
30 Disember 2014 (Selasa)
Pemeriksaan Kedua
Untuk pemeriksaan kedua saya mohon transfer ke klinik Kesihatan Presint 3 atas alasan dekat dengan tempat kerja. Alhamdulillah...walaupun ruang yang terhad tapi taklah sesak seperti di Puchong. Kali ni doktor telah scan, genap 8 minggu usia kandungan.
klinik kesihatan Presint 3 |
scan baby |
ubat 4 beradik (asid folic, vitamin B, vitamin C dan iron) |
13 Januari 2015 (Rabu)
Pemeriksaan Ketiga
Alhamdulillah...check up ketiga ni tak ada apa2 masalah. semuanya ok dan kesihatan dalam keadaan baik. Cuma tak tahan menanggung sakit kepala berterusan sepanjang mengandung ni....dan sebulan lebih sakit kepala. Doktor bagi ubat PCM tapi Sister pesan makan bila perlu saja sebab tak elok untuk baby. Setakat ni saya tak makan pun lagi PCM, tanggung je lah sakit sebab risau effect pada baby.
10 Februari 2015 (Selasa)

Pemeriksaan Keempat
Hari ni usia kandungan genap 14 minggu...setelah check up ada masalah berat badan berlebihan, 1.6 kg. Sister bagi tau sebulan boleh naik 500gram saja. So, dua minggu lagi (26 Februari) kena datang untuk check berat badan....
11 Mac 2015 (Rabu)
Pemeriksaan Kelima
Kali ni pemeriksaan di Klinik baharu di Presint 18. Alhamdulillah lebih selesa dan lebih sesuai berbanding di Presint 3. Awal pembukaan klinik ni agak lengang dengan pesakit. Masa pemeriksaan pun lebih cepat,
seterusnya pemeriksaan seperti biasa setiap bulan di sini....Doakan semuanya dipermudahkan.

Gambar hiasan |
seterusnya pemeriksaan seperti biasa setiap bulan di sini....Doakan semuanya dipermudahkan.