Percutian ke Krabi, Thailand

21-24 Ogos 2014


Entry kali ini saya nak share trip percutian 4 hari 3 malam ke Krabi, Thailand pada 21 - 24 Ogos 2014....percutian berdua dengan husband yang sangat menarik dan memuaskan.


21 Ogos 2014
Seawal jam 3.00 pagi kami dah bangun dan bersiap untuk ke Putrajaya Sentral. Kami menaiki train pertama jam 4.51 pagi dan sampai ke KLIA 2 jam 5.12 pagi. Kami dah check in melalui web site jadi hanya terus check in luggage sahaja. Macam biasa suasana di KLIA 2 tetap sesak walaupun jam 5.30 pagi. Sebelum menunggu boarding gate open, kami bfast di OldTown White Coffe. Flight bertolak jam 7.05 pagi dan selamat sampai di Krabi pada jam 8.25 pagi. Waktu di Krabi lewat sejam dari waktu di Msia.


 
matahari terbit....very nice view

Setelah selesai urusan daftar pasport di Lapangan Terbang Krabi, kami terus cari kaunter tiket bus atau teksi untuk ke hotel. Kami pilih menaiki bus dengan bayaran RM15 (150 baht) seorang dan masa perjalanan adalah sejam. Jika menaiki teksi bayaran adalah RM60 (600 baht), jika datang berempat lebih selesa ambil teksi dan masa perjalanan hanya setengah jam.

kaunter teksi

kaunter bus

posing dalam bus jap... :)

suasana dalam bus...memang selesa dan aircond pun sejuk

Kami selamat sampai di Ben's House Hotel yang kami book melalui Agoda dengan harga RM89 satu malam...sekali dengan bfast, early check in dan menghadap laut. Hotel ini agak jauh dari pantai, tak sampai 10 minit berjalan kaki dan yang paling penting tenang dan sunyi dari jalan utama. 

suasana di hadapan hotel

pintu masuk

kaunter pertanyaan

toilet

bilik yang luas...dengan swan atas katil

tv pun besar dan channel pun banyak
kolam renang...air garam bukit dan tiada klorin

view dari beranda hotel

Selepas berehat kami pun turun ke kaunter untuk sewa motosikal untuk sehari dengan bayaran RM25 (250 baht). Kalau nak jalan kaki pun boleh tapi agak memenatkan.

motorsikal FINO...

jalan2 cari makan...Food Lemon Restaurant (berdekatan McD)

menu tomyam, daging basil dan telur dadar RM53 (530 baht)....agak mahal tapi sedap

sempat lagi pose dengan tugu ni...

tengah deal tshirt krabi...

susana gerai di depan pantai

permandangan di pantai Ao Nang

Hasil daripada jalan2 di sekitar pekan Ao Nang, kami sempat memborong beberapa barang ni...


Tshirt krabi (RM15), beg kalis air 15L (RM35) dan beg kalis air HP (RM10)

Malam kami keluar sekali lagi jalan2 dan singgah makan di Baibuaa Thai Kitchen...harga pun agak mahal, lebih kurang dengan Food Lemon Restaurant.

makanan memang sedap tapi  mahal sikit

makan malam
mee goreng ayam, nasi goreng ayam & tea o ais...RM44 (440 baht)

Perut pun dah kenyang, kami nak gerak balik ke hotel. Tak sabar nak tunggu aktiviti untuk esok ke Phi Phi Island Tour.


22 Ogos 2014

Tak sabar menunggu aktiviti hari ini, Phi Phi Island Tour. Kami ambil pakej dengan hotel rm100 seorang untuk sehari. Pakej ini termasuk dengan makan tengah hari, air mineral n buah-buahan. Makanan adalah halal di sini dan tidak perlu risau. Dinasihatkan tidak perlu bawa banyak barang, cukup sekadar tuala dan barang peribadi dan gunakan beg kalis air.

Sementara tunggu van pick up datang jam 830 pagi, kami breakfast dulu di hotel.

sarapan pagi


pakej yang disediakan di hotel

van yang datang ambil para penumpang


selepas taklimat ringkas...siap sedia naik speed boat
selamat sampai di Bamboo Island

view long tail booat yang cantik

Pi Leh Lagoon

Viking Cave

Maya Bay...masa ni beratus-ratus orang datang ke sini

deretan speed boat yang bawa penumpang

kat sinilah dalam filem "The Beach"...

sampai di Phi Phi Island

masa untuk makan tengah hari...masakan orang muslim 

menu tomyam, kentang, fillet fish dan daging basil
                                

pemandu boat siap tangkap landak lauk

Lohsamah Bay...aktiviti akhir kami adalah snorkeling., memang cantik ikan 


Setelah seharian di laut, jam 4.00 ptg kami sampai di Aonang.

Kami keluar makan malam di Baibuaa Thai Kicthen, makanan memang sedap tapi agak mahal.

hotel ni berdekatan dengan hotel

nasi goreng ayam, mee goreng ayam & tea o ais limau RM53 (553 baht)

23 Ogos 2014

Aktiviti hari kedua kami ambil pakej berkayak dengan hotel...Ao Thalan Mangrove Kayaking dengan harga RM60 (660 baht) sahaja untuk separuh hari. Seronok berkayak keliling pokok bakau dan gua-gua lama yang pernah didiami masyarakat Krabi satu masa dulu.

Seperti biasa, kami sarapan pagi di hotel sementara menunggu van datang ambil pada jam 8.30 pagi.

sarapan pagi menu yang sama

pakej kayak 

kami ambil pakej 3














Setelah penat berkayak di kawasan paya bakau, kami singgah makan tengah hari di gerai jalan utama berhampiran dengan hotel...pelbagai menu dan makanan ada dijual. harga jauh lebih murah berbanding makan di restoren. yang paling best adalah pancake....rugi tak cuba :)











Setelah kenyang, kami balik berehat di hotel. Malam kami keluar ambil angin dan membeli beberapa barang di Pekan Ao Nang...


24 Ogos 2014

Tibalah hari terakhir kami di Krabi dan bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Lumpur...seawal jam 6.00 pagi kami keluar menuju ke airport dengan menaiki teksi RM60 (660 baht). Tapi bila sampai di airport, flight delay 2 jam...sampai terlelap kat airport.





Tamatlah entry perjalanan yang menyeronokkan ke Krabi selama 4 hari 3 malam...kalau berpeluang mungkin kami ingin ke Krabi lagi. Sawadikap!!!