Transformers: Age of Extinction

Hari saya dgn husband pergi tengok wayang movie Transformers 4 kat GSC IOI Mall Puchong . Movie yang panjang dan tak membosankan. banyak aksi menarik dan watak baru.




Selamat Hari Lahir...Suami Tersayang

12 Jun 2014 adalah hari istimewa buat suami tersayang...semoga dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki, darling.

kek ditempah dari Idaman Hati Home Made & Cookies di Putrajaya

cake brazil sempena peminat FIFA
hadiah raket Voltric i-Force dan beg Yonex

celebrate di Burberbyte Bangi
 
suasana di Burgerbyte

makanan pun sedap...Naked Chicken Burger RM18.80

menu di Burgerbyte...sangat berpatutan

peta Burgerbyte di Bangi

Riadah ke FRIM Kepong

8 Jun 2014


Entry kali ini nak share tentang tempat riadah yang sangat sesuai untuk hujung minggu bagi keluarga atau secara berkumpulan. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini...berbasikal, joging, berkelah, canopy walk, jungle tracking dan lain2. Ada juga yang buat majlis perkahwinan dan Hari Keluarga, sangat sesuai dan meriah. Tiket masuk adalah RM4.00 bagi sebuah kereta dan RM1.00 per head, untuk kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Kemudahan tandas, tempat salin pakaian dan kedai makan ada disediakan, memang mudah dan sangat selesa kat sini.


perjalanan ke FRIM Kepong
pintu masuk
peta kawasan FRIM

harga sewa basikal di FRIM

basikal sewa sold out....terpaksa tunggu turn

gelagat pelawat memilih basikal

kaunter bayaran
nak memilih basikal pulak ni...
inilah basikal yang di pilih...

sekitar kawasan FRIM

cuaca panas terik...posing dulu

masa untuk mandi manda...
kawasan sekitar air terjun

dah sampai ke puncak

ini kawasan yang kami pilih untuk mandi

syoknya dapat water massage...

posing dengan air terjun

sangat cantik...














Balik kampung lagi...wedding sepupu

weekend yang memenatkan...balik kampung untuk wedding sepupu. macam biasa, rutin harian bila balik kampung aktiviti riadah badminton adalah wajib bagi kami adik beradik. lebih2 lagi bila court badminton (berhadapan MCdonald dan belakang Shell Peramu) baru buka di kawasan Bandar Pekan, tak sangka mendapat sambutan kat sini.

santai di court badminton...kepenatan

wedding sepupu...di Royal Pahang Golf Club, Kuantan

cute frame...

sempat lagi minum kat Teluk Chempedak, Kuantan...