11-15 Oktober 2014
Trip kali ini saya bercuti bersama-sama family seramai 8 orang semuanya ke Kota Kinabalu, Sabah...tiket pun beli masa promo Air Asia, RM98 pergi dan balik untuk seorang.
11 Oktober 2014
Kami bertolak dari Putrajaya Sentral ke KLIA 2 dengan menaiki ERL (tambang RM6.20 sehala). Sampai di KLIA 2 hanya check in luggage sebab kami semua dah check in melalui laman web, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami selamat tiba di Kota Kinabau International Terminal 2 (KKIA 2) jam 7.00 petang dan kereta sewa (Toyota Innova) telah sedia menunggu.
Kami sewa kereta selama 4 hari dengan harga RM200 untuk satu hari. Dari KKIA 2 ke
Wani Homestay (Tel-0138836372) di Putatan hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Homestay ini terletak di belakang Giant sahaja dan berdekatan kedai makan. Kereta sewa juga telah diuruskan oleh Pn. Wani (tuan homestay).
|
menunggu ERL ke KLIA 2 |
|
check in luggage |
|
minum dulu di OldTown sebelum masuk boarding gate |
|
ready to fly |
|
selamat tiba di KKIA 2 |
|
kereta yang kami sewa |
12 Oktober 2014
Aktiviti hari kedua kami pergi ke Pulau Sapi dan Manukan. Sebelum bertolak kami sarapan dulu di Jeti Jesselton. Pastikan beli tiket di kaunter kerana lebih selamat dan ada insuran berbanding dengan membeli melalui ulat tiket. Aktiviti mengambil masa separuh hari, lebih baik bawa bekal atau beli makanan sebelum ke pulau kerana harga makanan di sana mahal.
Kos untuk seorang:
i. Pulau Sapi & Manukan - RM26.20
ii. Yuran Jeti - RM7.00 (18 tahun ke atas)
RM3.50 (17 tahun ke bawah)
iii. Sewa life Jacket & Mask - RM10
Kos keseluruhan untuk 8 orang adalah sebanyak RM308.40
|
kaunter tiket |
|
jumlah keseluruhan |
Setelah selesai membeli tiket kami semua menaiki bot ke Pulau Sapi yang mengambil masa lebih kurang 10 minit.
|
pose sebelum naik bot |
|
alatan pun dah ambil |
|
sempat lagi pose dalam bot |
|
hanya family kami dalam bot ni |
Pulau Sapi
Yuran Konservasi (Taman Sabah) - RM3.00 (18 tahun ke atas)
RM1.00 (17 tahun ke bawah)
|
seronok budak 2 orang ni...kat Pulau Sapi |
|
Selamat datang ke Pulau Sapi |
|
yuran masuk ke pulau |
|
sempat lagi memborong |
|
abah dan mak yang masuk laut dulu |
|
nyaman dan redup cuaca |
|
selamat tinggal pulau sapi |
|
menunggu bot ke pulau manukan |
Pulau Manukan
|
selamat tiba di pulau manukan |
|
chalet di pulau manukan |
|
suasana pantai yang bersih |
|
jeti pulau manukan |
|
bersiap sedia untuk snorkeling |
|
macam biasa...abah gerak dulu |
|
masing-masing sibuk dengan ikan |
|
dah gerak balik ke jeti jesselton |
|
sempat pose gitu |
|
pintu gerbang jeti jesselton |
Setelah penat menghabiskan aktiviti di laut...kami balik ke homestay dan beristirehat. Kami keluar untuk makan malam di bandar KK dan sempat singgah di Pasar Sarikin KK untuk membeli barang.
12 Oktober 2014
Hari ketiga kami semua bertolak ke Kundasang-Ranau seawal jam 8.00 pagi. Keadaan trafik yang agak lambat dan kami sampai di sana pada jam 10.15 pagi. Kami menyewa di
Aura Homestay Kundasang iaitu hanya 2 minit sebelum sampai ke Pekan Kundasang dengan harga RM300 untuk 1 hari. Terima kasih kepada tuan rumah yang sangat peramah dan melayan kami dengan baik.
Selepas daftar masuk dan berehat, kami terus bertolak ke kawasan terkenal di Ranau iaitu Poring Hot Spring. Kawasan ini adalah taman rekreasi, banyak aktiviti boleh dilakukan di sini iaitu kolam air panas, titian kanopi, taman rama-rama, air terjun (tapi tidak dibenarkan mandi kerana air pasang) dan kolam renang.
Poring Hot Spring
Bayaran masuk:
Dewasa (18 tahun ke atas) - RM3.00
Kanak-kanak (17 tahun ke bawah) - RM1.00
|
suasana kedai di Poring Hot Spring |
|
kaunter tiket |
|
peta kawasan |
|
air terjun |
|
pejabat pentadbiran |
|
chalet |
|
kawasan air panas |
|
sesi berendam |
|
memang panas air kat sini |
|
berendam air sejuk plak |
Kanopi Walk (Titian Kanopi)
Bayaran masuk:
Dewasa (18 tahun ke atas) - RM3.00
Kanak-kanak (17 tahun ke bawah) - RM1.50
Kamera - RM5.00
|
info |
|
kaunter tiket |
|
pose sekejap |
|
ready nak naik kanopi walk |
|
seram jugak...memang tinggi titi ni |
|
sempat lagi semua ni pose atas titi |
|
cantik pokok dalam kawasan ni |
|
suasana dalam taman rekreasi |
|
signboard yang penting
|
Seterusnya kami semua bertolak ke Spa Ikan Tagal di Kg. Luanti, perjalanan lebih kurang 30 minit dari Poring Hot Spring. Kelebihan ikan-ikan di sungai Moroli ini ialah gigitannya mampu membuang toksin-toksin badan. Apalagi, mari kita berspa dengan ikan-ikan pulak.
Bayaran masuk (15 minit sahaja):
Rendaman kaki - RM5.00
Mandi satu badan - RM10.00
Makanan ikan - RM0.20 sepeket
|
pose kat sini dulu |
|
abah siap beli durian , manggis dan pisang |
|
lapar tahap gaban...maggie sup pun sedap sangat |
|
inilah ikannya....besar sangat |
|
menyambut kedatangan pelawat |
|
abah memang berani...sanggup mandi dengan ikan |
|
tengok tu...ikan akan berkumpul dekat kaki |
|
memang sakit kena gigit...tahan sakit dan tahan geli jugak |
|
budak ketot ni kena buli...takut sangat kena gigit |
|
masing-masing menahan sakit kena gigit |
Setelah puas berspa dengan ikan tagal, kami singgah di Sabah Tea.
Penat sudah aktiviti di Ranau, kami semua plan untuk makan malam di homestay sahaja. Kami singgah beli barang di bandar Ranau. Rasanya lebih berpuas hati daripada makan di kedai. Kualiti makanan yang agak kurang sedap dan harga pun mahal.
Cuaca kat kundasang sangatlah sejuk...kebas sampai ke kaki. kalau yang tak boleh tahan sejuk, pastikan bawa baju sejuk dan stoking.
13 Oktober 2014
Dalam tak sedar, hari ini sudah hari keempat kami di Kundasang. Aktiviti hari ini bermula dengan melawat Mount Kinabalu hanya 5 minit dari homestay kami.
Mount Kinabalu
Bayaran masuk:
Dewasa (18 tahun ke atas) - RM3.00
Kanak-kanak (17 tahun ke bawah) - RM1.00
|
peta kawasan |
|
cantinya ciptaan Tuhan... |
|
nice view |
|
matahari dah naik... |
|
nampak kepulan awan... |
|
4 beradik...sorang tak cukup :) |
|
my family... |
Desa Cattle Farm
Bayaran masuk:
Dewasa (18 tahun ke atas) - RM4.00
Kanak-kanak (17 tahun ke bawah) - RM3.00
|
info |
|
lembu ternakan ...cantik sgt |
|
pintu masuk cafe |
|
macam biasa...abah dah beli air susu kambing |
|
cenderahati |
|
anak lembu dan kambing |
|
cute kan...berhimpit-himpit dalam sangkar |
|
macam kat oversea plak |
|
syoknya... |
|
cantik sgt view kat sini |
|
kenangan di sini |
|
selamat datang...tempat wajib ambil gambar |
Pekan Kundasang
Rumah Terbalik di Tamparuli
Dalam perjalan balik ke KK, kami singgah di Rumah Terbalik Tamparuli.
Makan malam
Kami makan malam di Dataran Todak di pusat bandar (berhadapan Hyatt Hote). Makan malam ini ditaja oleh classmate saya masa study di UTM dulu, Amin...terima kasih banyak2 sebab datang dari beaufort dan belanja satu family makan seafood. Memang sedap masakan kat sini dan Amin adalah regular customer...so tak hairanlah murah dan dapat diskaun lagi.
15 Oktober 2014
Berakhirlah percutian kami di Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau selama 5 hari 4 malam. Disebabkan muatan yang melebihi had, kami terpaksa buat dua trip ke KKIA 2...trip pertama untuk angkut beg dan trip kedua barulah ambil penumpang. Nasib baik perjalanan ke KKIA 2 dekat.
Insyaallah, ada rezeki akan sampai lagi ke Kota Kinabalu...
|
selamat check in luggage di KKIA 2 |
|
dah masuk boarding gate |
|
selamat sampai di KLIA 2 |
|
rehat jap |
|
menunggu luggage keluar |
|
sanggup tu...budak ni sampai tak larat nak berjalan |
Berakhirlah percutian kami sekeluarga ke Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau selama
5 hari 4 malam...walaupun ada beberapa tempat yang tidak sempat kami lawati tapi sudah cukup rasanya setakat ini. Insyaallah, ada rezeki akan sampai lagi ke sana.