Percutian ke Hanoi, Vietnam

29 Jun - 3 Julai 2013


Entry kali ini saya nak berkongsi pengalaman bercuti aka haneymoon ke Hanoi, Vietnam selama empat hari tiga malam. Banyak jugak tempat menarik yang boleh dilawati di sini.

HARI PERTAMA : 29 JUN 2013

Saya dan hubby tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noibai, Hanoi dengan menaiki MAS...kami menaiki teksi dengan bayaran 17USD (RM55) ke Hanoi Posh Hotel yang kami tempah melalui agoda  dengan harga 27USD (RM87) per/night untuk bilik honeymoon. Jangan lupa untuk tinggalkan pasport anda di hotel, adalah lebih selamat daripada simpan sendiri.

perjalanan dari airport ke hotel
bilik honeymoon yang kami tempah melalui agoda



HARI KEDUA : 30 JUN 2013

Kami mulakan aktiviti pertama ke Halong Bay melalui pakej yang disediakan di hotel iaitu sebanyak 35USD (RM113) seorang. Van akan datang ambil di hotel seawal jam 8.00 pagi. Perjalanan ke Halong Bay mengambil masa 3 jam setengah, dengan jalan yang berliku-liku dan sempit.

pemandu pelancong yang membawa ke Ha Long

Selepas 2 jam perjalanan, van akan berhenti singgah di kawasan rehat selama setengah jam, anda boleh membeli cenderahati dan bekalan makanan di sini tetapi harga lebih mahal berbanding di kedai biasa.

kawasan rehat Dai Viet yang kena singgah

Lebih kurang jam 12.00 tgh hari kami tiba di Pelabuhan Ha Long, segala urusan tiket akan disediakan oleh pemandu pelancong. Kami hanya tunggu untuk naik ke Cruise. Makanan segar (seafood) disediakan semasa di Cruise...jangan risau untuk muslim mereka akan masak makanan asing.

pelabuhan Ha Long

antara makanan yang dihidangkan dalam cruise

cruise berhenti untuk aktiviti berkayak atau menaiki sampan...boleh pilih yang mana suka

lawatan di sekitar gua Thien Cung dan Dan Gao

permandangan yang menarik di Ha Long


HARI KETIGA : 1 JULAI 2013

Hari ini aktiviti bebas...kami berjalan-jalan sekitar bandar sejarah Old Quater.

suasana di bandar Old Quater

sekitar bandar Old Quater

Restauran halal di Hanoi

Tasik Hoan Kiem yang cantik

sekitar Don Juan Market

HARI KEEMPAT : 2 JULAI 2013

Hari ini memulakan aktiviti dengan berjalan kaki ke beberapa tempat menarik di sekitar Hanoi.

One Pillar Pagoda, Museum Ho Chi Minh dan Makan Ho Chi Minh

Temple of Literature - Universiti tertua di Vietnam

jalan --jalan sekitar Tasik Hoan Kien dan Don Juan Market dengan Tao

kedai makanan halal di Old Quater

HARI KELIMA : 3 JULAI 2013

Tibalah masa untuk kami balik ke Malaysia. Kami shutle teksi dengan hotel dengan bayaran 15USD (RM49) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Noibai.

ceria dalam perjalanan pulang ke KL