Showing posts with label kota kemuning. Show all posts
Showing posts with label kota kemuning. Show all posts

Taman Lombong Suria. Seksyen 29 : Pindah Rumah

Alhamdulillah....setelah selesai urusan di rumah baru, kami sekeluarga selamat berpindah ke rumah baru pada 25 Julai 2015.


Kerja pemasangan paip dapur





Pemasangan kabinet dapur

Memandangkan saiz dapur yang kecil dan ruang yang terhad, kabinet dapur di Lavender Kitchen yang ringkas menjadi pilihan kami, Harga pun tak terlalu mahal, cukuplah untuk setakat ini. Pindah rumah pun banyak nak pakai modal, jadi berjimat apa yang patut.







Wiring

Kerja-kerja wiring di rumah dilakukan sendiri oleh husband dengan bantuan adik. Bersusah payahlah jugak nak buat semuanya sendiri tapi hasilnya sangat memuaskan.



 









Pindah masuk rumah baru

Selamat malam...hari pertama di rumah baru. Semoga selamat semuanya.











Taman Lombong Suria, Seksyen 29: Senarai Defect Rumah

Alhamdulillah..kunci dah ambil dengan pemaju pada 26 Jun 2015. Tugas seterusnya adalah lengkapkan Defect List Form. Cepat hantar cepatlah pemaju akan setelkan. Harapnya macam tu lah, sebab nak sangat setelkan rumah sebelum deliver baby pertama ni.

Banyak jugak list yang husband check, kalau ikutkan banyak lagi defect tapi sebab terlalu minor husband tutup mata sajalah.

borang defect

lubang di dinding ruang tamu

cat tertanggal di pintu tepi sliding

kesan simen yang tidak dicuci

cat tertanggal di bilik 4

lubang di soket bilik 3

siling tak rata

siling tak rata

kerosakan pada penyelak bilik 1

siling berlubang di bilik 1

kerja touch up yang tidak sempurna di hadapan rumah

kesan simen tidak dibersihkan di bucu bilik 1

pintu elektrik di pagar rumah tidak di cat sepenuhnya



Taman Lombong Suria, Seksyen 29

Alhamdulillah...akhirnya kami berjaya beli rumah, walaupun kawasan kampung tapi tak lama lagi akan banyak taman dan perumahan akan berkembang area kawasan Kampung Lombong, Seksyen 29, Shah Alam ni. Kawasan yang berdekatan dengan Taman Lombong Suria ini adalah SKVE (5 minit), Saujana Putra (10 minit), Rimbayu (10 minit), Jalan Kebun (5 minit), Kota Kemuning (10 minit), Bandar Puchong (30 minit), Shah Alam (20 minit), Klang (20 minit), Putrajaya (20 minit) melalui highway baru WCE, Cyberjaya (28 minit) dan KLIA (35 minit).

Sangat berpuas hati dapat rumah semi-D dengan harga semurah RM259,900. Paling penting sekali yang kami cari rumah ada tanah dan ada dua parking kereta. kalau satu parking nanti berebut-rebut pulak.






Update rumah pada Januari 2014







Update rumah pada April 2014





Update rumah pada Disember 2014





Update rumah pada Februari 2015









Update rumah Mei 2015

Masa ni datang sebab nak ukur tingkap dan sliding untuk buat langsir. Lupa nak minta kunci dari pekerja, just ukur dari luar. 









Update 22 Jun 2015 

Alhamdulillah...hari ini boleh dapat kunci rumah, terus pergi ke Klang untuk ambil kunci dan jelskan bayaran akhir.